Thursday, February 25, 2010

Ayahku Sayang


Asalamualaikum…


Salam pada semua, hari ini genaplah, umur ayah yang ke 55 tahun

"Selamat Hari Lahir Ayah"



Ayah still nampak macam muda, walau ayah dah beruban sikit kat janggut..hehe..

Saja tak letak gambar ayah, cos ayah tak suka amik gambo, hari tu pun masa adik send gambar mms, ayah sembunyik-sembunyik waktu adik flash cmera hanset..

Oh ayahku yang ku sayang, kurindu, teringatkah ayah, selalunya rabiahlah yang akan make a cake untuk ayah tapi, sejak rabiah belajo kat mesir ni , ayah rindu nak makan kek rabiah yang manis tu, the swett cake chocolate in the world lah katakan ..hehe..

Malu rasanya bila ayah selalu puji kek rabiah,

Ayah selalu je tak ingat hari jadi sendiri, ayah memang tak berapa suka nak ingat-ingat hari jadi sendiri,

Tapi kalu isteri tercinta, anak-anak yang tersayang memang dia ingat selalu, emm… selalunya mak akan buat suprise untuk ayah, macam buat-buat ada hal penting ke, atau pe=pe je lah kan.. ahaks..

Kitaorang akan makan damai, mak akan make a dinner istimewa untuk semua,


Cerita sikit pasal ayah:

Ayah seorang yang garang, tapi sangat-sangat penyayang, loving and carring, tapi yang penting is handsome man.. haha.. walaupun umur ayah dah 55 thn tp still awet muda, mcm umur 40 thn. huhu,,,,,

Nak tahu kenapa ayah still awet muda…?? Hah..hah.. ahaks.. itu yang kita perlu cari..?

cube teka ayah pki petua pe?? awet muda....=)

Dalam 4 orang adik beradik, rabiah lah anak yang paling manja ngan ayah, orang kata anak bongsu selalu manjakan,

walaupun ayah garang sangat orangnya tapi, for his daughter, he still smooth to care my feeling cause my heart so soft, mana tak nya tiap kali ayah marah sikit je, rbiah mesti nak cry.. huhu.. malu ngan ayah.

Rindunya nak dengo ayah bagi tazkirah kat kitaorang adik beradik.

Selalunya ade masa lapang kitaorang kene berkumpul buat halaqah tazkirah and zikir dengan ayah.

Mak selau tak join sebab mak banyak keje.


Ayah selau pesan kat kitaorang:

Darjat dan harta tak perlu kita pandang, kesenangan di dunia biarlah berpada- pada, dengan kesusahan kita boleh ingat selalu hal-hal akhirat, akhlak mahmudah itu yang patut kita hiasi dalam diri - sifat mazmumah wajib kita hindari , ilmu perlu dicari sampai kita tua, Itu yang akan jadi bekalan kita dunia akhirat…

Sub.sub..sub..sub,. sedihnya,

Dah lama sangat tak jumpa ayah,

Ayah….!! Rabiah nak balik mesia jap. Tunggu anak ayah kat sana tau..

Huhu..

Love u mak , ayah , all my adik-adik, suhaimi, mariyam, siti hajar..

Kakak rindu semua...kakak nak nangis ni…

Huhu…sub..sub..sub.sub..

Salam Maulidul Rasul



ASALAMUALAIKUM... Salam maulidul rasul pada semua umat islam sedunia,
selalu SAHAJA kita raikan hari ini ,bersempena memperingati kelahiran nabi ALLAH, nabi muhammad S.A.W ( isnin, 12 rabiawwal).

Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup didunia ini, terbentang luas alam, indah fatarmogana, dihari-hari yang penuh kerahmatan. Sememangnya kita menyambut hari maulidul rasul, tetapi yang bagaimana ?? dengan menghidupkan malamnya dengan qiamulail, solat malam, meminta keampunan kepada ALLAH, berselawat, bertahmid ,bertasbih memuji ALLAH, serta tanda kita bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan kita utusan dari ALLAH yang membawa kita mengenal erti syariat ALLAH yang sebenarnya, hidayah agama islam yang tersebar di muka bumi ini, lantaran hijrah rasulullah ke madinah, dakwah sirr di mekah sebagai langkah mula dakwah rasulullah, ketika umur rasullullah 40 tahun, wahyu yang di turunkan oleh ALLAH melalui jibril untuk diutuskan kepada nabi muhammad S.A.W, nabi yang ummi, tidak tahu menulis serta tidak tahu membaca, diajarkan oleh jibril kepada nabi allah setiap ayat-ayat allah dengan tertil, penuh dengan makna tafsiran disebaliknya. Menginsafi diri kita bahawa nabi ALLAH adalah nabi yang benar, tabligh, siddiq, fatonah, amanah.

Masakan, kita perlu meragui segala yang telah di ajarkan nabi allah, amat sedih kepada siapa umatnya yang tidak sayang dengan nabi allah, dan tidak mengikut serta mengamalkan segala sunnahnya, malah mempermainkan segala apa yang telah disuruhnya..

YA ALLAH, masakan umat dunia tertawa sahaja, dan melihat sahaja tangan- tangan yahudi laknatullah melakari wajah rasulullah dengan nafsu mereka sendiri, mengejek-ejek nabi allah dengan kata-kata kesat.. amat pilu sekali, sedih bila melihat anak-anak muda sekarang tidak mengagongkan nabi allah, mengikuti segala gerak langkahnya, malah mereka lebih suka menjadikan artis-artis sebagai idola hidup mereka, astaghfirullahalazim... apa hendak jadi dengan dunia sekarang..?? makin ramai yang melupakan rasulullah, dek lantaran leka dengan simfoni dunia yang melekakan.. sampaikan tidak tahu sejarah rasulullah, perjuangannya demi menegakkan agama ALLAH,...

YA ALLAH TUHANKU, KAMI KURANG MENGINGATIMU, KAMI ALPA DENGAN SEGALA NIKMAT YANG TELAH KAU BERIKAN, BIMBINGLAH DIRI KAMI KEJALAN YANG DIREDHAIMU,

YA ALLAH KAU HIASILAH KEHIDUPAN KAMI DENGAN HIASAN SUNNAH RASULULLAH, KAMI SAYANG RASULULLAH, KAMI INGIN MELIHAT WAJAHNYA, KAMI INGIN BERMIMPIKANNYA, KAMI TAHU, KAMI UMAT YANG TERAKHIR, BANYAK COBAAN YANG MENANTI KAMI,


YA ALLAH KUATKAN HATI KAMI, SEPERTI KUATNYA NABIMU, DALAM MENITI PERJUANGAN AGAMA ALLAH, SABATKAN HATI-HATI KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN YANG HAQ. DEMI AGAMAMU YA ALLAH.. JADIKANLAH, KAMI DI DALAM BARISAN PARA ANBIYAK, PARA SOLEHIN, PARA PEJUANG ALLAH,

AGAR HIDUP KAMI DI BERKATI DUNIA, AKHIRAT.. MATIKAN KAMI, SEBAGAI AHLI SYUHADA..




Ayuhlah semua umat-umat Rasulullah, bangunlah dari terus terbelenggu dengan jaringan- jaringan hiburan kafir laknatullah, dalam menjatuhkan umat islam, dan juga menghapuskan agama allah dari muka bumi ini... Mari kita bersama-sama inzar diri, berjaga-jaga dengan segala godaan dunia, jika kita ingin ALLAH menerima segala amalan kita, dan menerima bingkisan wangian dari syurga firdausi, supaya kita ditempatkan, disyurga jannah ALLAH.

















wallahua'lam

UBAT LEMAHNYA BAHTERA IMAN


Bismillahirrahmanirrahim…

Salam pada semua…bersyukur-syukur teramat sangat kepada tuhan yang senantiasa memberi kita rasa kesyukuran kepada hamba-hambanya yang selalu mengingatinya, dan tidak putus harap padanya, lantaran kerana ia memberi banyak ujian, untuk menguji hati hambanya.

Iman pada hati,

Rasulullah telah mengambarkan hati itu seperti bulan.

Sabda rasulullah:

" Wahai hati yang berbalik-balik ,padanya seperti awanan bulan. Dibalik bulan itu ada cahaya yang mana terlindung dek awan yang mengelapkan bulan. Bila awanan hilang dari bulan, maka bercahayalah ia( bulan).

(riwayat, Ibnu Naim fil hilyah: 196/2)


Seperti itulah hati manusia, padanya ada kegelapan, yang padanya itu juga ada kesan kemaksiatan. Terhijap darinya Nur Cahaya, dan apabila dia berpeluang untuk menambahkan imannya, maka tersingkaplah sedikit demi sedikit kegelapan, terpancarlah nur yang muncul, melekat pada hatinya.



Apa ubat untuk lemah iman…??



Mentadabbur ayat-ayat Allah ( Al- quran).

Allah menurunkan al quran untuk menerangkan segala sesuatu, nur hidayah allah bagi sesiapa yang taat kepadanya.

Firman allah yang bermaksud:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
( Surah Al-Israq: 82)




Berkata Ibnu Qaim:

Sesungguhnya seseorang muslim haruslah mengubati hati yang gersang itu dengan ayat-ayat allah:

Baginya dua perkara; yang pertamanya; berpindahlah hatimu dari dunia, tetapkanlah hatimu dengan akhirat. Yang kedua; dekatkan hatimu dengan memahami makna-makna serta isinya- tadabbur, pahamkan apa yang ada darinya,

Ambillah segala yang perlu untuk dirimu. Maka, pastinya ia akan menjadi ubat untuk hati kamu.



Merasakan nikmat kebesaran Allah.

(makrifat, 99 nama-nama Allah, dan sifat-sifatnya, serta mentadabbur akal untuk memahami segalanya.- tentang alam dan kebesaran ciptaan NYA.)


Firman Allah yang bermaksud:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

(Surah Al-An'am :59)




Tuntutlah ilmu syariah.

Satu-satunya ilmu yang boleh membawa kita takut akan azab Allah dan boleh bertambahnya iman.


Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

(Surah Fathir :28)




Melazimi halaqah zikir.

Boleh bertambah iman- padanya rahmat, padanya ketenangan, dipayungi olehnya malaikat- malaikat dengan sayap-sayapnya bagi sesiapa yang berzikir,dan Allah akan mengingati mereka, meminta keampunan dari sekalian malaikat kepada Allah untuk mereka.



Perbanyakkan amalan soleh:

memenuhi setiap masa dengan melakukan amalan soleh, amalan zahir yang menguatkan lagi iman dihati.

* Amalan yang segera:

Firman Allah yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
( Surah Al-Imran : 133)


* Amalan yang berterusan:

Sabda rasulullah: sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan tetapi yang sedikit.

* Amalan yang bersungguh-sungguh, berusaha dalam menunaikannya, serta

tidak jemu-jemu.

* mengharapkan supaya diterima segala amalan soleh.


Mempelbagaikan ibadah yang dilakukan dengan anggota badan seperti: solat, zakat, haji, yang dilakukan dengan lidah seperti: zikir, doa, padanya juga ada yang wajib, sunat, harus ( solat-solat sunat , solat dhuha, solat-solat sunat sebelum selepas solat fardhu, solat hajat, tahjud, witir).



Ingat dan takut tentang ( seburuk-buruk pengakhiran ajal),

supaya kita beringat untuk taat kepada Allah, tajdidkan ( memperbaharui iman di hati).




Perbanyakkan mengingati mati:

Rasulullah berpesan, kita supaya menziarahi kubur.

Sabda rasulullah:

“ ziarahilah kubur, maka kamu akan dapati lembut hati, berlinangan air mata, ingat tentang akhirat”.

(riwayat Al- Tarmizi : 2307)




Zikrullah-

pengubat hati, zikir pengubat pada hati yang lalai.



Munajat kepada Allah:

Sabda rasulullah:

“Apa yang mendekatkan diri hamba pada tuhannya ialah ketika bersujud, perbanyakkan berdoa.”

(Riwayat muslim: 482)



Pendekkan angan-angan,

(berangan- angan dengan segala kesenangan isi dunia, tanpa memikirkan hal-hal akhirat)



Pikirkan tentang kehinaan dunia:

Firman Allah yang bermaksud:

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


(Surah Al-Imran : 185)


Wala dan barra’ -

iaitu memberi taat setia kepada orang mukmin dan memusuhi orang-orang kafir.



Tawadu’ ( rendah diri)-

pada kata-kata, perbuatan, rendah diri kerana Allah.



Amal-amal hati-

seperti mahabbatullah ( berkasih-kasih dengan Allah), takut

takut padanya, bersangka baik padanya, tawakkal dan redha dengan qadak,

yakin dengannya, bertaubat meminta ampun,



Berkata Ibnu Qaim:

“( Perlulah juga kita juga menyempurnakan sifat-sifat yang lain seperti istiqamah

dalam amalan, khusyuk, zuhud, warak, mendekatkan diri kepada Allah-

berpegang dengan kitab Allah serta sunnah (hadis) rasulullah) ”




Muhasabah diri:

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Hasyr : 18)




Berdoa kepada Allah selalu:






wallahua'lam.......