Thursday, April 1, 2010

Tanggungjawab Pemuda Pemudi Islam

1)Yang pertama, mestilah faham islam secara sahih.

2) Yang kedua, wajib amal (ilmu dengan amal) berseiringan, tidak cukup dengan membaca, hanya memenuhi kepala kita dengan ilmu. Ilmu tanpa amal tiada gunanya, janganlah kita menjadi Al-Munafik ( sekadar bercakap-cakap tanpa diamalkan ).
Kata-kata dari hati sanubari itu adalah ilmu yang bermunafaat.

3) Yang ketiga, wajib sampaikan dakwah- sampaikan ilmu, peringatkan diri kita dan peringatkan yang lain.
"berkatalah yang haq walaupun ia pahit".
- menyuruh yang makruf, melarang yang mungkar-

4) Yang keempat, amal jamaie ( laksanakan sesuatu kerja dalam kelompok islam secara berjemaah) ; orang-orang yang membawa islam- mengikat diri pada islam.

Pensyariatan Islam Kebahagiaan Umat Manusia Hari Ini.

Asalamualaikum , salam sejahtera kepada semua pencinta ilmu Allah. Alhamdulillah sehingga kehari ini kita diberi nafas dan kurniaan Allah yang tidak ternilai dengan apa jua, sekalipun di balas dengan amalan pahala kita, walhal kita tidak tahu di mata Allah bagaimana kita sebagai hamba Allah mensyukuri segala nikmat yang telah diberi itu sehingga ke mana? Di tahap yang mana? Itu tidak kira lagi terkadang kita lalai dari mengingatinya, astaghfirullahalazim sahabat-sahabat. Di laman tajuk ini bukan saya hendak berkata-kata tentang erti syukur, tetapi dari sudut yang lain, tentang bahagianya seorang muslim itu bila mana Allah telah memberinya nikmat islam dan iman serta padanya itu ilmu syariat Allah yang disemai dari sejak kecil lagi, ibu dan ayah yang mendidik erti islam, erti syariat itu apa? dan sebagainya. Namun apa yang telah terjadi sekarang masih ramai anak-anak mudi yang tidak tahu tentang syariat Allah itu apa? mereka sekadar menganut agama Allah dan beragama kerana ibu dan ayah mereka islam -( islam taqalid).
Kita sudah tahu bahawa apa yang telah dibawa islam, iaitu syariat Allah yang telah dibawa oleh junjungan mulia nabi kita Muhammad Al Amin, rasul utusan Allah. Apa sahaja yang ada didalam syariat Allah itu; tidak bukan adalah untuk menjaga manusia, memelihara kemuliaan manusia sejagat, sehingga dimana semuanya dilindungi hak-hak nya atas berdirinya nizam-nizam Allah yang terlaksana, tetapi pada hari ini umat islam, mereka tidak sayang dengan agama Allah kerana mereka tidak faham apa erti islam itu sendiri, mereka masih lagi mempermainkan syariat Allah, memperlekehkan segala hal-hal yang mereka katakan, lafaz; tidak mengapa, biarlah, semua itu masih meniti dibibir- bibir para umat islam zaman kini yang tidak menyedari erti hikmah pensyariatan yang telah Allah gariskan sebagai panduan hidup mereka seharian. Hari ini mereka masih menutup mata walau kejahatan dan kemungkaran didepan mata mereka sendiri, sedangkan sehingga ke hari ini juga; kafir laknatullah bersorak gembira dan bersuka ria lantaran mereka gembira melihat mereka-mereka terleka, terlena dengan permainan dunia yang disajikan oleh kafir laknatullah. Bahkan juga orang-orang kafir laknatullah yang bertungkus lumus untuk mengkaji isi Alquran itu sendiri, syariat Allah untuk orang-orang islam, tetapi menjadi senjata oleh orang- orang kafir, yahudi, untuk meruntuhkan daulah islamiah itu sendiri, nuzubillahiminzalik,

Diceritakan disini kisah sahabat nabi iaitu Saidina Jaafar bin Abi Thalib ketika diutuskan nabi untuk bertasamuh dan meminta pertolongan kepada raja najashi supaya melindungi umat islam ketika itu dari ancaman musuh; kafir quraisy, dan sekaligus mengajak Raja itu untuk menyembah Allah tuhan yang satu. Dimana ketika itu juga puak quraisy menghantar beberapa wakil untuk pergi berjumpa dengan Raja Najashi atas alasan supaya mengembalikan semula orang-orang islam ke Mekah dengan menawarkan beberapa cebis hadiah untuk mengelapkan mata raja supaya akur dengan tuntutan mereka, namun mereka gagal untuk memujuk Raja Syam itu kerana terpesona dengan kata-kata yang telah dilontarkan oleh sahabat nabi Jaafar bin Abi Thalib dan Raja najashi dapat di islamkan serta pengikut- pengikutnya.

Berkata Saidina Jaafar bin Abi Thalib kepada raja tentang agama yang mereka bawa dari utusan Allah serta kezaliman bangsa mereka ketika di Mekah.

“ Wahai raja syam yang mulia, kami kaum yang jahil, menyembah berhala, makan bangkai, kami membuat kemungkaran, kami memutuskan silaturrahim (tali persaudaraan), kami menindas golongan yang lemah, kami makan harta mereka, kami perbuat segalanya sehingga datanglah agama Allah ke dalam hidup kami, diri-diri kami, diutuskan kami rasul yang mulia “ pengutus wahyu kebenaran”, kami tahu keturunannya, kebenaran dirinya, amanahnya, dan kesucian serta mulianya. Baginda menyeru kami untuk mentauhidkan Allah, menyembah Allah yang satu. Kami tidak lagi bertuhankan patung- patung yang kami ukir, kami disuruh untuk menunaikan amanah, menghubungkan tali persaudaraan, baik dengan jiran tetangga, melarang kami dari melakukan perkara-perkara yang haram, dan menumpahkan darah, dilarang melakukan perkara yang keji ; berkata bohong, makan harta anak yatim, dilarang mensyirikkan Allah.


Jelaslah disini bahawa apa yang telah diperkatakan oleh Saidina Jaafar Radhiyallahuanhu; bahawa mulainya islam adalah pada syariatnya, disetiap genap kehidupan manusia, hubungan manusia dengan tuhannya yang satu, hubungan manusia secara individu serta secara jamaah, terletak padanya asas yang selamat, padanya ada keharmonian, kebebasan dalam melaksanakan segala kewajipan serta keperluan bersama dalam setiap gerak langkah penghidupan.


Berkata Imam Al-Ghazali :

“ Apa yang telah dimaksudkan pensyariatan islam iaitu padanya ada 5 perkara;
Yang pertama; islam menjaga diri-diri mereka, Yang kedua; menjaga agama mereka, Yang ketiga; menjaga harta-harta mereka, yYang keempat; menjaga akal mereka,
Yang ke lima; menjaga keturunan mereka. ”



Berkata Ibnu Qaim :

“ Pensyariatan ( syariat islam) itu adalah padanya asas, hukum untuk mengislah manusia pada kehidupannya dan ibadah mereka antara hamba dan tuhannya ( Allah) ,keadilan, rahmat, keharmonian diantara sesama makhluk, padanya juga terselit hikmah; bukti kebenaran rasulullah utusan kepada manusia”



Syariat islam itu kekal sehingga hari qiamat, berkurun-kurun mengikut zaman, tiada padanya yang berubah didalamnya ( Al Quran dan Al- Hadis),
Hikmah pensyariatan islam ini juga boleh menjauhkan diri dari kezaliman, penindasan, tipudaya, peperangan, penipuan serta segala kepalsuan.


“ ATURAN HIDUP ATAS DASAR ISLAM DAN HIDUP SECARA ISLAM”