Bismillahirrahmanirrahim kepada sahabat-sahabat, bertemu kembali kita dalam tinta bunga-bunga cinta, maaf kerana telah sekian lama mendiam diri, lantaran ketiadaan ruang masa untuk saya selit-selitkan selembar dua warkah buat bingkisan bacaan buat sahabat-sahabat.
Masa terlalu mencemburui saya, bagai berlari-lari larian anak kata, ingin saya menyata kembali imbasan yang dulu, bagi memenuhi ruang yang ada. Alam berganti ruang masa, sedar tidak sedar kita sudah pun mengakhiri bulan RAMADHAN pada tahun ini, meski RAMADHAN akan berakhir tetapi ia masih tetap hidup dalam diri-diri orang yang senantiasa merinduinnya, kerana ia nya adalah satu-satunya bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kemaafan, di gandakan pahala amalan, pintu-pintu di langit senantiasa terbuka menunggu tamu ikhlasnya, terbelenggunya syaitan, terbuka pintu-pintu syurga serta tertutup pintu-pintu neraka, seksaan kubur terhenti buat seketika demi menghormati bulan yang mulia ini.
Sabda rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:
"Ramdhan ini adalah semulia-mulia bulan, dan dinamakan juga bulan sabar, dan sabar adalah pintu yang akan membawa ke syurga"
Lantaran sabar kita masuk ke syurga,
Sabar antara dua perkara:
Yang pertama:
Sabar di atas ketaatan, jangan kita malas dalam menjalankan ketaatan kita kepada ALLAH dengan seikhlas-ikhlasnya, menunaikan segala yang wajib, digandakan dengan yang sunat, menjauhi perkara yang haram dan dibenci oleh ALLAH , dan berwaspadalah dengan perkara yang syubhah.
Yang keduanya: sabar dengan syahwat dan nafsu yang masih menguasai diri, dan kita sebagai orang yang bijak dan masih diberi nyawa oleh ALLAH, perlu meneliti hati kita berada di tahap yang mana, jika kita kata hati kita selalu ingin berbuat kebaikkan, dan sudah pastilah yang ada di dalam hati-hati kita ini malaikat yang menjaga, tetapi bagaimana kalau kita sering ingin membuat kejahatan sudah pastinya yang ada di dalam hati kita itu syaitan dan nafsu mazmumah.
Nafsu ini wahai sahabat jika ia telah terleka dengan dunia dan kelazatan duniawi dan kenikmatan hidup, kesenangan ,makanan yang lazat-lazat, sudah semestinya hati kita akan terjerat dengan sifat malas beribadah, jangan kita biarkan hati kita di penjara dengan keadaan yang sebegini, takut-takut ALLAH tidak akan sudi memandang muka-muka kita lagi,
ambil contoh , perihal seorang sahabat rasulullah saidina Abdul Rahman bin Auf, beliau adalah antara sahabat yang terkaya dikalangan sahabat-sahabat yang lain , kehidupannya di limpahi dengan kekayaan , tetapi ia sanggup mengadaikan diri, bukan hanya di mata pedang sahaja bahkan segala hak milik kekayaannya demi memperjuangkan dan memperkembangkan islam, .
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan memiliki harta kekayaan dagangannya, ia sangat dikenali dan dihormati oleh segenap golongan di tempatnya maakah, dia adalah antara khafilah yang termulia di kalangan khafilah Qurayish yang lain.
Dengan perwatakan mulia dan kaya dengan sifat ramahnya, ianya telah memberi ruang meramaikan lagi orang yang sudi beragama islam serta ingin setia menjadi pengikut baginda rasulullah.
"Sesungguhnya iman itu antara cabangnya adalah kesabaran dan keduanya adalah kesyukuran"
( hadis khabar: Anas Radhiyallahuanhu )
Bagaimana sahabat-shabat sekalian dengan perihal kita pula sebagai umat nabi muhammad dan sebagai penerus dakwah islam, adakah kita merasa sudah cukup dengan apa yang ada sekarang ini, dan masih cukupkah kita menikmati RAMADHAN ini dengan yang bagaimana?
Adakah dengan hanya berpuasa dan beramal tanpa menilai di setiap hari ramadhan yang berlalu. Suka saya katakan ramadhan ini adalah bulan, dan masa kita untuk mengkoreksi diri, kemungkinan dalam bulan ramadhan ini keegoaan kita berkurangan dan di berikan kita nikmat ketenangan, bila kita bekerja contoh terasa ringan tidak seperti serumit yang selalu, tidak seberat selalu, hati kita sentiasa optimis dengan segala hal dan perkara serta suasana di sekeliling kita, hidupnya cas-cas positif tersebar di setiap genap, penjuru alam lantaran banyaknya zikir-zikir yang di lafazkan, di hiasi juga dengan bacaan tadarus Al-Quran, gema azan di masuk waktunya, dan yang pasti doa-doa hambanya yang diangkat dan diterima ALLAH.
SUBHANALLAH.....sesungguhnya jika kita betul-betul menhayati, sudah pasti akan kembali bersih hati-hati kita dari hitamnya dosa dan noda.
Syawal akan tiba tidak lama lagi, apakah persediaan sahabat-sahabat, harapan dari saya, terapkan perasaan selalu bersyukur di atas segala nikmat yang diberi kepada kita dan jangan lupa untuk membayar zakat, juga memberi pertolongan kepada yang memerlukan, jangan membazir.
Pesan saya pada sahabat-sahabat:
JAGA HATI.
JAGA MULUT.
JAGA PERUT.
JAGA NAFSU.
dan semuanya itu perlu di jaga kalau kita hendak selamat dari berbuat dosa.
mencegah itu lebih baik.
Renungan kata;
Imam Hasan Al -Basri rahimahuallah:
Kefahaman adalah penjaga ilmu, ilmu perlu seiring dengan amal, amal adalah penghulu segala kebaikkan, hawa nafsu membawa kepada kemaksiatan, harta itu penyakit bagi orang-orang yang takabur dan bakhil, dan akan celakalah bagi sesiapa yang mengunakan nikmat ALLAH itu atas jalan kemaksiatan.
akhir kalam,
SELAMAT MENYAMBUT bulan SYAWAL,
KULLU SANAH ANTUM BILKHAIR