Thursday, February 25, 2010

UBAT LEMAHNYA BAHTERA IMAN


Bismillahirrahmanirrahim…

Salam pada semua…bersyukur-syukur teramat sangat kepada tuhan yang senantiasa memberi kita rasa kesyukuran kepada hamba-hambanya yang selalu mengingatinya, dan tidak putus harap padanya, lantaran kerana ia memberi banyak ujian, untuk menguji hati hambanya.

Iman pada hati,

Rasulullah telah mengambarkan hati itu seperti bulan.

Sabda rasulullah:

" Wahai hati yang berbalik-balik ,padanya seperti awanan bulan. Dibalik bulan itu ada cahaya yang mana terlindung dek awan yang mengelapkan bulan. Bila awanan hilang dari bulan, maka bercahayalah ia( bulan).

(riwayat, Ibnu Naim fil hilyah: 196/2)


Seperti itulah hati manusia, padanya ada kegelapan, yang padanya itu juga ada kesan kemaksiatan. Terhijap darinya Nur Cahaya, dan apabila dia berpeluang untuk menambahkan imannya, maka tersingkaplah sedikit demi sedikit kegelapan, terpancarlah nur yang muncul, melekat pada hatinya.



Apa ubat untuk lemah iman…??



Mentadabbur ayat-ayat Allah ( Al- quran).

Allah menurunkan al quran untuk menerangkan segala sesuatu, nur hidayah allah bagi sesiapa yang taat kepadanya.

Firman allah yang bermaksud:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
( Surah Al-Israq: 82)




Berkata Ibnu Qaim:

Sesungguhnya seseorang muslim haruslah mengubati hati yang gersang itu dengan ayat-ayat allah:

Baginya dua perkara; yang pertamanya; berpindahlah hatimu dari dunia, tetapkanlah hatimu dengan akhirat. Yang kedua; dekatkan hatimu dengan memahami makna-makna serta isinya- tadabbur, pahamkan apa yang ada darinya,

Ambillah segala yang perlu untuk dirimu. Maka, pastinya ia akan menjadi ubat untuk hati kamu.



Merasakan nikmat kebesaran Allah.

(makrifat, 99 nama-nama Allah, dan sifat-sifatnya, serta mentadabbur akal untuk memahami segalanya.- tentang alam dan kebesaran ciptaan NYA.)


Firman Allah yang bermaksud:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

(Surah Al-An'am :59)




Tuntutlah ilmu syariah.

Satu-satunya ilmu yang boleh membawa kita takut akan azab Allah dan boleh bertambahnya iman.


Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

(Surah Fathir :28)




Melazimi halaqah zikir.

Boleh bertambah iman- padanya rahmat, padanya ketenangan, dipayungi olehnya malaikat- malaikat dengan sayap-sayapnya bagi sesiapa yang berzikir,dan Allah akan mengingati mereka, meminta keampunan dari sekalian malaikat kepada Allah untuk mereka.



Perbanyakkan amalan soleh:

memenuhi setiap masa dengan melakukan amalan soleh, amalan zahir yang menguatkan lagi iman dihati.

* Amalan yang segera:

Firman Allah yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
( Surah Al-Imran : 133)


* Amalan yang berterusan:

Sabda rasulullah: sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan tetapi yang sedikit.

* Amalan yang bersungguh-sungguh, berusaha dalam menunaikannya, serta

tidak jemu-jemu.

* mengharapkan supaya diterima segala amalan soleh.


Mempelbagaikan ibadah yang dilakukan dengan anggota badan seperti: solat, zakat, haji, yang dilakukan dengan lidah seperti: zikir, doa, padanya juga ada yang wajib, sunat, harus ( solat-solat sunat , solat dhuha, solat-solat sunat sebelum selepas solat fardhu, solat hajat, tahjud, witir).



Ingat dan takut tentang ( seburuk-buruk pengakhiran ajal),

supaya kita beringat untuk taat kepada Allah, tajdidkan ( memperbaharui iman di hati).




Perbanyakkan mengingati mati:

Rasulullah berpesan, kita supaya menziarahi kubur.

Sabda rasulullah:

“ ziarahilah kubur, maka kamu akan dapati lembut hati, berlinangan air mata, ingat tentang akhirat”.

(riwayat Al- Tarmizi : 2307)




Zikrullah-

pengubat hati, zikir pengubat pada hati yang lalai.



Munajat kepada Allah:

Sabda rasulullah:

“Apa yang mendekatkan diri hamba pada tuhannya ialah ketika bersujud, perbanyakkan berdoa.”

(Riwayat muslim: 482)



Pendekkan angan-angan,

(berangan- angan dengan segala kesenangan isi dunia, tanpa memikirkan hal-hal akhirat)



Pikirkan tentang kehinaan dunia:

Firman Allah yang bermaksud:

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


(Surah Al-Imran : 185)


Wala dan barra’ -

iaitu memberi taat setia kepada orang mukmin dan memusuhi orang-orang kafir.



Tawadu’ ( rendah diri)-

pada kata-kata, perbuatan, rendah diri kerana Allah.



Amal-amal hati-

seperti mahabbatullah ( berkasih-kasih dengan Allah), takut

takut padanya, bersangka baik padanya, tawakkal dan redha dengan qadak,

yakin dengannya, bertaubat meminta ampun,



Berkata Ibnu Qaim:

“( Perlulah juga kita juga menyempurnakan sifat-sifat yang lain seperti istiqamah

dalam amalan, khusyuk, zuhud, warak, mendekatkan diri kepada Allah-

berpegang dengan kitab Allah serta sunnah (hadis) rasulullah) ”




Muhasabah diri:

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Hasyr : 18)




Berdoa kepada Allah selalu:






wallahua'lam.......

Wednesday, February 10, 2010

LEMAHNYA BAHTERA IMAN


Bismillahirrahmanirrahim…
Salam pada semua sahabat-sahabat serta yang sudi melayari blog ini. Suka saya untuk mengimbau sambil mengingati untuk peringatan kita bersama, di kala kita sering terleka, leka dalam kenikmatan yang kita kecapi hari ini, adakah kita terlewat untuk bersyukur padanya, adakah terlewat untuk kita katakan iman kita makin lemah dikala kita sering melakukan dosa di setiap detik, secara langsung atau tidak. Jangan katakan tidak pada hati yang telah berlumut dengan dosa, jangan kata ia masih suci, kemanakah harus kita bawa hati kita walaupun ingin berdakwah tapi ada lagi titik dosa yang menepek tapi tak mahu dibuang dek kerana terasa akan hilang sesuatu yang kita cintai, lebih dari kita mencinta yang Maha Esa. Fikir-fikirkanlah wahai pendengar, pembaca setia ilmu Allah, penilaian Allah pada kita,antara dua darjat , antara dua timbangan, dimana kita, dekat mana kita di hati Allah.
Mesti kita tahu terzahirnya lemah iman seseorang itu tergambar pada hatinya. Bagaimana yang digambarkan hati itu, yang mana apabila di perdengarkan ayat-ayat Allah atau apabila diperingatkan dosa dan pahala, amal makruf, nahi mungkar, akan datang rasa tidak suka, benci marah, terasa panas pada hatinya, keras pada hatinya , juga tiada rasa kelazatan pada ibadahnya , lantaran ia merasa senang gembira dalam kemaksiatan, yang mana hidup sehariannya hanya ingin melakukan dosa –dosa tanpa ia sedar. Walhal semua nikmat datangnya dari Allah Pengatur segala-galanya.





Firman Allah yang bermaksud:
70. Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara),
71. Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
(Surah Al-Ahzab;70-71)



Sabda rasulullah :
( Ya Allah’ ya tuhanku, Yang membolak balikkan, balikkan hati-hati kami dalam ketaatan kepadamu)
(riwayat muslim: 2654 )



Terzahir lemahnya iman:
Bila??


-Dirinya dalam kemaksiatan dan suka melakukan perkara-perkara haram.



-Ada rasa keras pada hatinya, sehingga orang-orang di sekelilingnya merasa hatinya telah bertukar seprti batu yang mana tidak terkesan atasnya walau dengan sesuatu pun.
yang mana juga tidak terkesan padanya peringatan tentang maut kematian, juga tentang rukyah-rukyah kematian.



-tiada keyakinan dalam beribadat , bercelaru fikirannya ketika ia solat dan membaca Alquran dan ketika berdoa contohnya. Tiadanya tadabbur dan tafakkur di dalam zikir-zikir, hanya membacanya sebagai untuk memenuhi jika menghafaznya , ketika berdoa hanya sekadar berdoa, mengikut sunnah tetapi tidak memikirkan apa makna doa itu.

Sabda rasulullah:
“ tidak akan diterima doa seseorang itu, pada siapa dihatinya itu ada kelalaian”
(riwayat Al-Tarmizi: 3479)



-malas dalam beribadat , menunaikan ibadat tetapi hatinya seolah-olah tiada roh, kering (gersang).

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah Al-Nisak:142)

Tiada juga rasa penting/ perlu untuk melakukan pahala, sengaja mengakhirkan ibadah haji bagi sesiapa yang berkemampuan, sengaja lewatkan diri solat berjemaah, meninggalkan segala yang sunat, atau fardhu kifayah.



-sempitnya hati dan berubah-ubah, bercampur, bercelaru, sering merasa resah dan bersunggut di dalam hati.



-tidak terkesan hatinya dengan ayat-ayat Allah , juga tidak cenderung untuk mendengarnya.



-orang yang lalai dalam mengingati Allah, berdoa kepada Allah- bila ia menadah tangan suka gelojoh(cepat-cepat), tidak ada tamakninah.



-tidak ada perasaan marah bila dia melihat akan benda-benda haram kerana hatinya seolah-olah telah diselubungi dengan api panas dan tidak rasa padanya kepedihan. Bila ia melihat kemungkaran, tidak menegur, redha dan tidak pula menyuruh si fulan itu untuk perbuat kebaikkan dan menegahnya dari kemungkaran.



-suka menzahirkan sesuatu atau erti kata lain, suka sangat pada kekuasaan atau suka sangat mengelarkan dirinya sebagai ketua.

Sabda Rasulullah:
“sesiapa diantara kamu yang menginginkan dirinya kekuasaan atau ingin berkuasa dan ingin menjadi penguasa . maka baginya: kecelakaan-kehancuran : penyesalan : azab hari qiamat: kecuali bagi sesiapa yang adil”
(riwayat Al- Tabrani : Saleh Al –Jamaie 140)



-sifat bakhil
Firman Allah yang bermaksud:
Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
(Surah Al-Hasyr:9)
Dan diantara orang yang berjaya , mereka adalah orang-orang yang membuang rasa sifat bakhil dalam diri .

Sabda rasulullah:
" tidak akan berhimpun sama sifat bakhil dan keimanan dalam hati-hati hamba-hambanya selamanya"
(riwayat Al- Nasaei: saleh Jamaie: 7616)


-Al-Nifak ( munafik)- bersalahan antara kata-katanya dengan amalannya serta
menampakkan hina disisi Allah dan dibenci disisi makhluk. Dan tergolong didalamnya ahli-ahli neraka yang mana, apabila mereka disuruh perkara yang makruf didunia , tidak dilaksanakannya, dan disuruh mencegah diri mereka dari kemungkaran , mereka mendatangkannya.


-kurang warak :
tahu perkara itu membawa kepada dosa , tahu juga akan haramnya, akan makruhnya tetapi tidak mencegah diri untuk menjauhkannya malahan senang, suka melakukannya.

Disifatkan Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu:
Hal-hal orang mukmin dan hal-hal munfik ini
“ ( sesungguhnya seseorang muslim bila melihat ia akan dosanya: seperti seolah-olah terduduk dibawah gunung dan takut ia akan jatuh menimpanya. Adapun orang yang fasik bila melihat akan dosanya : seperti lalat yang mana bila ia hinggap, sekadar menepis dengan tangannya sahaja)
(riwayat Al-Bukhari: fathu: 11/102)


-suka perbuat kerosakan,kebinasaan, kecelakaan kepada saudaranya dan merasa gembira bila ia berjaya melakukannya.


-memandang hina pada kemakrufan dan tidak ambil berat terhadap kebaikkan yang sedikit.

Sabda NABI S.AW:
(( sesiapa yang membuang duri atau meleraikan kesusahan dijalan orang muslimin, akan tertulis baginya kebaikkan dan dimasukkan ia kedalam syurga))
(riwayat Al- Bukhari: Adab AlMufrid: 593)


-memutuskan ikatan persahabatan yang telah terbina diantara dua orang saudara angkat ( takhi fil islam).


-tiada rasa bertangungjawab dalam beramal untuk agama, untuk islam, dan tidak rasa diri untuk memperkembangkan agamanya.


- terzahir padanya ketakutan ketika mana dirinya ditimpa musibah berlakunya sesuatu masalah, hilang pertimbangan , menutup matanya dari mencari jalan keluar , terselit pula keraguan pada hatinya, tiada kekuatan diri.


-suka berbalah-balah / banyak; boleh mengeraskan hati ; bertengkar tanpa ada dalil atau erti yang betul, jauh dari jalan lurus.


- suka bergantung pada dunia semata-mata, suka pada dunia, tidak menghiraukan hal-hal akhirat.




WALLAHUA'LAM..








Friday, February 5, 2010

Berkat tauhid (ilmu tauhid) di dalam kehidupan

Firman ALLAH yang bermaksud:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad), Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat).

(Surah Muhammad: 19)



Didatangkan Al quran, diwajibkan setiap muslim untuk berpegang dengan iktikad beriman kepada ALLAH dan malaikat dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya,
Dan hari qiamat, percaya dengan qada qadar. Alquran seiring dengan tauhid serta kaitan antaranya juga di datangkan hukum-hukum syariah yang hadir didalamnya 114 surah.


Pada zaman para solihen,tabien, (Imam Al Asyari), lahirnya penglopor kitab Al- Jauhar Al- Tauhid : Al- Imam Abu Mansur Al Mutiridi. Kitab ini adalah satu-satunya kitab yang menghuraikan tauhid ALLAH secara terperinci dengan disandarkan padanya 144 bait (Al- Rajaz) yang ditulis oleh: Al- imam Abu Al Imdad Ibrahim bin Ibrahim bin Hasan Al Laqani.
Syarahnya: Tuhfad Al Murid A’la Jauhar Al Tauhid ditulis oleh : Al Imam Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad Al Baijuri.

Ilmu ini padanya kebaikan sebagaimana yang telah di ajari nabi dan nabi-nabi yang sebelumnya. Sebaik-baik kalimah yang telah diperkatakan oleh nabi-nabi terdahulu. Kalam ini (ilmu tauhid ini), kalam toyyib, yang mana di dalamnya menglupuskan segala perkara yang syirik menduakan ALLAH, yang menyesatkan, beribadah selain ALLAH dari jenis taabud, mempertuhankan: seperti: pokok, batu, orang, jin, malaikat.
Hendaklah kita beriman kepada ALLAH yang satu yang tidak ada selainnya.


Firman ALLAH yang bermaksud:

Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: 256)



1) Berkatnya kehidupan di dunia dan selepas mati:

Sabda nabi S.A.W
“ sesiapa yang menyebut kalimah lailahaillallah akan diharamkan harta seseorang itu, harta, darah, hitungannya di sisi ALLAH “
(96)


2) Tauhid adalah satu amalan yang sedikit tetapi pahalanya besar dan berat:

Dari Abi hurairah Radiyallahuanhu :
“ Telah bersabda rasulullah; sesiapa yang menyebut seharian sebanyak 100 kali
;Lailahaillallahiwahdahu la syarikalah, lahu mulku walahulhamdu wahuwa A'la kulla syai'en qadhir ";

maka baginya membebaskan sepuluh orang hamba, dan kebaikkan dan tertolak dan di lindungi dari 100 kejahatan, dan baginya seharian harinya dilindungi dari syaitan sehingga ke malam hari, tidak akan datang satu dari segenap fadhail ini kecuali seseorang yang banyak amalan ini.

(اللؤلؤ والمرجان:1763


3)Tauhid boleh, menghilangkan rasa was-was, kekeliruan dan membawa ketenangan pada diri:

Firman Allah yang bermaksud:
9. (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
10. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
11. (ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

(Surah Al-Anfal: 9- 11)


"dengan mentauhidkan Allah dan membenarkan apa yang telah digambarkan dan pertolongan bagi dirinya, satu-satunya adalah turunnya malaikat untuk kebaikan dan ketenangan. "


Dari Aisyah Radhiyallahuanha telah berkata:
Adapun Rasulullah apabila baginda merasa berat, susah pada hatinya ketika waktu malam:
maka baginda akan melafazkan kalimah:
Lailahaillallahuwahidul qahar rabbusamawatiwal ardh wama bainahuma al a’azizul alghafar
yang bermaksud: (tidak ada tuhan selain ALLAH yang satu yang Maha Perkasa, Tuhan langit dan bumi dan diantaranya, Dia- lah yang Maha Pengampun dan Yang Maha Agong)

(riwayat: sahih; 2066)


4) Berkatnya tauhid ini boleh meleraikan segala kesusahan dan terkeluarnya dari kesedihan:

Firman Allah yang bermaksud:

87. Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

88. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

(
Surah Al-Anbiyak: 87-88)


Telah berkata Imam Al-Nawawi di dalam riwayatnya:
Berkata Al-Thabari: Adapun orang solat (orang-orang terdahulu) mereka akan berdoa dengannya (kepada Allah), sebagai doa diwaktu dalam kesusahan.
Dari Asma binti Umais telah berkata:
Yakni telah menyebut rasullullah padaku; akan kuajari kamu beberapa kalimah yang telah disebutkan oleh mereka ketika mana mereka dlam keadaan kesusahan, kesedihan :
“ Allah, Allahurabbi la asyriku bihi syai An “
(Abu Daud: 1525)


5) Tauhid adalah asas kepada penerimaan amal:

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu ,Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Surah Al-Kahfi:110)


Telah bersabda rasulullah:
“ Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal seseorang itu kecuali padanya ikhlas, serta suka bersujud bertaqarub kepada Allah”

(riwayat Al-Nasai’e: sanad jaid)


6) Keampunan keatas dosanya:

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
(Surah Al-Nisak:48)


Dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahuanhu :
“Telah bersabda rasulullah: Sesungguhnya Allah mengagumi dan menyukai hamba-hambanya yang menyebut kalimah:
(Lailahailla anta inni qad zalamtunafsi faghfirli zunubi innahu la yaghfiru zunuba illa anta)
Sesungguhnya Allah Maha pengampun dan Maha penghukum.”


7) Orang yang mentauhidkan Allah adalah penolong didunia dan diakhirat dan mereka, orang- orang yang akan menolong manusia dengan pertolongan syafaat Nabi Muhammad
Sallallahua’laihiwasallam.

Dari Anas ibnu Abbas Radhiyallahuanhuma:
“ Telah berkata: mendengarkan ku rasulullah telah bersabda:
Sesiapa diantara kamu seorang lelaki muslim yang mati, maka yang mengangkat jenazahnya itu 40 orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, maka syafaat mereka-mereka ke atasnya simati.”


Dari Abi Hurairah Radhiyallahuanhu telah berkata:
“ Sesungguhnya nabi sallallahua’laihiwasallam telah bersabda:
Akan aku datang menolong manusia dengan syafaatku pada hari qiamat, bagi sesiapa yang melafazkan : Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan Allah), dengan ikhlas pada hatinya, dirinya.”


8) Sesiapa yang membenarkan tauhid maka akan masuk ia syurga tanpa hisab.


wallahua'lam..




Kembaliku dari sepi..

Lantaran masa yang berlalu, membawa diri terfikir sejenak, masih lagi ada ruang untuk diri meneroka blog yang agak sepi tapi berpenghuni. Berbesar hatiku dikala masih ada lagi sekelumit insan yang ingin membaca ruangan ceritera, sentuhan kata-kata. Ku berdiri lagi disini dalam meneruskan dan menambahkan lagi sentuhan dari buah fikiranku bertemankan rujukan ku untuk kutatapkan kedalam mata-mata yang cinta akan ilmu ALLAH.

Kembali untuk tika ini juga, bagai tiada rasa,untuk bersenda, alamiku pada suasana,mengimbau tika ALLAH bagi kenikmatan, kesyukuran yang kuucapkan dengan tadahan doa kesabaran, seiring doa ayah dan ibu,rakan-rakan seperjuangan, teman-teman senda bergurau. Moga doa kalian bersama denganku selalu.
Terpana sejenak, mengimbas kembali detik-detik saat getar ku melangsaikan ujian peperiksaan ku tempoh hari yang lepas, mengingatkan aku tentang redha dan kesabaran yang ALLAH berikan kepadaku, amat besar nilai dan nikmatnya serta doa dan tawakal kepada ALLAH yang tidak putus-putus.



Firman ALLAH yang bermaksud:
“ Janganlah engkau berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesunguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir ‘

(Surah Yusuf :12)

Firman ALLAH yang lain, bermaksud:

“Dan mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ”

(Surah Al Baqarah:45)




Sabar serta redha dengan segalanya, rahmat dan nikmat ALLAH yang tidak putus-putus kepada kita, memberi erti tulus kasih ALLAH kepada hamba-hambanya yang sentiasa ingat kepadanya. Tanda ALLAH sayang akan diri kita, akan diberinya ujian, serta ia senantiasa mengingatkan kita agar jangan alpa dengan dunia, jauh dari segala kebatilan, kemaksiatan dan kemungkaran.



* (halaqah zikir, kita bernadi seiring ketenangan yang dikecapi.)”

Thursday, January 7, 2010

kembali seketika


Salam...
semua kawan-kawan yang sudi menjengah, menjenguk blog ana ni, terima kasih banyak-banyak. Walaupun sudah sekian lama tidak menulis dilaman blog ini, tetapi sesekali terasa rindu untuk bermain kata, sebagai penghibur lara, membuah kata, membuah rasa, orang kata kalau kita menulis boleh menghilangkan tension, boring, maaf kerana shot kata untuk blog ana sekarang ini agak semacam sekadar menjenguk seketika blog yang terasa suram sedikit. Emm,
kembali kepada apa yang ana ingin sampaikan, ana sebenarnya ingin tawaqufkan seketika laman blog ini, sebab ana ada exam, terlampau sibuk sangat, maaf .
Doakan ana lulus dalam peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi, insyallah.
terima kasih..

Konsep tawakal dan berserah diri pada ALLAH, mestilah dengan usaha yang gigih, walau kita terjatuh berkali-kali, tetapi ingatlah setiap kali terjatuh, pasti ada hikmah disebaliknya, ada nilai kematangan yang patut kita belajar dari segala kelemahan, memang rasa perit, bisa, tercalar, bagai dihunus mata pedang yang tidak boleh berdarah, biarlah semangat sekental pahlawan islam pada zaman rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutalib, Zubir bin al-Awwam, Saidina Omar Al-Khatab, Salehuddin Al-Ayubbi dan ramai lagi pahlawan-pahlawan islam yang berkali-kali mara kedepan untuk melawan musuh laknatullah, walau tersungkur tetapi masih dapat bertahan hingga keakhirnya. Berjuang-berjuang!! berjuanglah, jangan berundur, jangan futur dipertengahan jalan.


firman ALLAH menyebut:

".... Maka bertawakallah kepada Allah , Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNYA. Jika ALLAH menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu dan mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian), dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...."

(Al- Imran : 159-160)


Akhir bicara,
secepat masa yang berputar, mengimbau saat bahagia menerjah, takkan kembali masa yang telah hilang, hanya sekadar menjadi hiasan kehidupan ,kenangan yang terpalit, mematangkan diri untuk lebih berhati-hati disetiap langkah hidupan.
masa itu tidak berkira-kira dengan apa yang kita hendak miliki, hanya kita sahaja yang membeli erti masa supaya kita berkira-kira apa yang perlu kita lakukan disetiap hari, masa sebagai alat menilai diri kita siapa sebenarnya.?? Adakah yang ke kiri atau kekanan atau kehadapan atau mahu kehadapan. Fikir-fikirkanlah untuk tatapan bersama.
TERIMA KASIH.