Wednesday, October 28, 2009

Menangislah...kerana takutkan ALLAH...


Menangis...
Menangislah dikau kerana kelalaianmu dari mengingati ALLAH...
Ingatkah kita pada dosa-dosa kita yang lalu,yang pernah kita lakukan tanpa kita sedar ALLAH senantiasa melihat segala apa yang telah kita lakukan,setiap diri kita berada di dalam gengamannya,setiap sedutan zarah udara yang menjamin nafas kita bertali arus darah menjalari ke tubuh,meski tiada sedar nikmat yang ALLAH bagi itu tidak ternilai ,subhanallah kuasa ALLAH yang menghidupkan serta mematikan tiap sesuatu yang diciptanya.
Haruslah kita senantiasa bersyukur dengan segala pemberiannya.
AL-RAHMANURAHIM...

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis".

Surah Maryam:58



Kekhusyukan hati dalam seduan tangisan atas noda dan dosa yang telah lalu kerana takutkan ALLAH ,takut akan azab ALLAH.
Hadirlah dalam dirinya kecintaan ALLAH yang mana kecintaannya lebih dari segala-galanya,bila mana seseorang itu terpalit pada hatinya halawatul iman ,singkapan dari ketulusan taubatnya pada rabb-NYA.
"bagai -dunia ini milik berdua antara dia dan TUHAN-NYA"

Seperti bermadah pujangganya Sang sufiyyah- Rabia' Adawiyah dalam tangisannya di hening malam,kesayuan meratap hiba kerana takutnya pada ALLAH:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintaiMu, dan
lisan yang menyebutmu,dan hamba yang takut kepadaMu ! "

Wahai sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian,

Muhasabahlah diri kita, dimanakah hati kita sekarang,
Adakah hati kita masih bersarang dengan sawangan noda ,tompokkan titik hitam yang akan kelamaanya parah menanah dihantui oleh nafsu-nafsu yang berkejar-kejar menambat kita supaya tiada nur hidayah yang dapat menembusi si hati yang mencari keredaan ilahi.
Terhijabnya hati kita ,kerana kurangnya taubat kita kepada ALLAH, terhijabnye doa juga adalah kerana kurangnya kita mengingati ALLAH, kita lemas dengan kemaksiatan ,kelalaian dalam ibadah kita.
Dimanakah keikhlasan nawaitu kita ketika tika kita menghadap TUHAN, ketika kita menunaikan solat.
Semuanya bermula dengan solat, hisablah diri kita bagaimana kita menjaga solat, sememangnya
"Solat solahal mukmin (senjata bagi orang mukmin), sebagai juga menghalangi kita dari membuat sebarang kemungkaran dan kemaksiatan.

Insafilah diri, sebelum terlambat, hisablah dirimu dengan segala gerak langkahmu,setiap detik yang berlalu dalam sedar atau tidak kita tersangkut ,terjerat dengan nafsu bayangan sendiri.
Janganlah membiarkan diri dari terus menjadi hamba nafsu mu, carilah mutiara ,kalam-kalam para solehin, dekatkan dirimu dengan majlis-majlis ilmu (raudah jannah) yang mana di payungi oleh malaikat-malaikat yang senantiasa mendoakanmu,sudikanlah hatimu mendengar setiap patah kata yang dituturkan oleh sahabatmu tika dirimu berada di tempat yang salah,
janganlah dikau pula yang senantiasa menghalang orang-orang yang ingin pergi ke majlis ilmu.
Celakalah bagi sesiapa yang menghalang orang-orang yang ingin mengamalkan sunnah nabi S.A.W.


SISIPAN KALAM SAHABAT BUAT RENUNGAN BERSAMA:
"Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata"
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



Wallahua'lambisowab.....

No comments:

Post a Comment