Friday, February 5, 2010

Berkat tauhid (ilmu tauhid) di dalam kehidupan

Firman ALLAH yang bermaksud:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad), Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat).

(Surah Muhammad: 19)



Didatangkan Al quran, diwajibkan setiap muslim untuk berpegang dengan iktikad beriman kepada ALLAH dan malaikat dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya,
Dan hari qiamat, percaya dengan qada qadar. Alquran seiring dengan tauhid serta kaitan antaranya juga di datangkan hukum-hukum syariah yang hadir didalamnya 114 surah.


Pada zaman para solihen,tabien, (Imam Al Asyari), lahirnya penglopor kitab Al- Jauhar Al- Tauhid : Al- Imam Abu Mansur Al Mutiridi. Kitab ini adalah satu-satunya kitab yang menghuraikan tauhid ALLAH secara terperinci dengan disandarkan padanya 144 bait (Al- Rajaz) yang ditulis oleh: Al- imam Abu Al Imdad Ibrahim bin Ibrahim bin Hasan Al Laqani.
Syarahnya: Tuhfad Al Murid A’la Jauhar Al Tauhid ditulis oleh : Al Imam Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad Al Baijuri.

Ilmu ini padanya kebaikan sebagaimana yang telah di ajari nabi dan nabi-nabi yang sebelumnya. Sebaik-baik kalimah yang telah diperkatakan oleh nabi-nabi terdahulu. Kalam ini (ilmu tauhid ini), kalam toyyib, yang mana di dalamnya menglupuskan segala perkara yang syirik menduakan ALLAH, yang menyesatkan, beribadah selain ALLAH dari jenis taabud, mempertuhankan: seperti: pokok, batu, orang, jin, malaikat.
Hendaklah kita beriman kepada ALLAH yang satu yang tidak ada selainnya.


Firman ALLAH yang bermaksud:

Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Baqarah: 256)



1) Berkatnya kehidupan di dunia dan selepas mati:

Sabda nabi S.A.W
“ sesiapa yang menyebut kalimah lailahaillallah akan diharamkan harta seseorang itu, harta, darah, hitungannya di sisi ALLAH “
(96)


2) Tauhid adalah satu amalan yang sedikit tetapi pahalanya besar dan berat:

Dari Abi hurairah Radiyallahuanhu :
“ Telah bersabda rasulullah; sesiapa yang menyebut seharian sebanyak 100 kali
;Lailahaillallahiwahdahu la syarikalah, lahu mulku walahulhamdu wahuwa A'la kulla syai'en qadhir ";

maka baginya membebaskan sepuluh orang hamba, dan kebaikkan dan tertolak dan di lindungi dari 100 kejahatan, dan baginya seharian harinya dilindungi dari syaitan sehingga ke malam hari, tidak akan datang satu dari segenap fadhail ini kecuali seseorang yang banyak amalan ini.

(اللؤلؤ والمرجان:1763


3)Tauhid boleh, menghilangkan rasa was-was, kekeliruan dan membawa ketenangan pada diri:

Firman Allah yang bermaksud:
9. (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.
10. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
11. (ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

(Surah Al-Anfal: 9- 11)


"dengan mentauhidkan Allah dan membenarkan apa yang telah digambarkan dan pertolongan bagi dirinya, satu-satunya adalah turunnya malaikat untuk kebaikan dan ketenangan. "


Dari Aisyah Radhiyallahuanha telah berkata:
Adapun Rasulullah apabila baginda merasa berat, susah pada hatinya ketika waktu malam:
maka baginda akan melafazkan kalimah:
Lailahaillallahuwahidul qahar rabbusamawatiwal ardh wama bainahuma al a’azizul alghafar
yang bermaksud: (tidak ada tuhan selain ALLAH yang satu yang Maha Perkasa, Tuhan langit dan bumi dan diantaranya, Dia- lah yang Maha Pengampun dan Yang Maha Agong)

(riwayat: sahih; 2066)


4) Berkatnya tauhid ini boleh meleraikan segala kesusahan dan terkeluarnya dari kesedihan:

Firman Allah yang bermaksud:

87. Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".

88. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

(
Surah Al-Anbiyak: 87-88)


Telah berkata Imam Al-Nawawi di dalam riwayatnya:
Berkata Al-Thabari: Adapun orang solat (orang-orang terdahulu) mereka akan berdoa dengannya (kepada Allah), sebagai doa diwaktu dalam kesusahan.
Dari Asma binti Umais telah berkata:
Yakni telah menyebut rasullullah padaku; akan kuajari kamu beberapa kalimah yang telah disebutkan oleh mereka ketika mana mereka dlam keadaan kesusahan, kesedihan :
“ Allah, Allahurabbi la asyriku bihi syai An “
(Abu Daud: 1525)


5) Tauhid adalah asas kepada penerimaan amal:

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu ,Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Surah Al-Kahfi:110)


Telah bersabda rasulullah:
“ Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal seseorang itu kecuali padanya ikhlas, serta suka bersujud bertaqarub kepada Allah”

(riwayat Al-Nasai’e: sanad jaid)


6) Keampunan keatas dosanya:

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
(Surah Al-Nisak:48)


Dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahuanhu :
“Telah bersabda rasulullah: Sesungguhnya Allah mengagumi dan menyukai hamba-hambanya yang menyebut kalimah:
(Lailahailla anta inni qad zalamtunafsi faghfirli zunubi innahu la yaghfiru zunuba illa anta)
Sesungguhnya Allah Maha pengampun dan Maha penghukum.”


7) Orang yang mentauhidkan Allah adalah penolong didunia dan diakhirat dan mereka, orang- orang yang akan menolong manusia dengan pertolongan syafaat Nabi Muhammad
Sallallahua’laihiwasallam.

Dari Anas ibnu Abbas Radhiyallahuanhuma:
“ Telah berkata: mendengarkan ku rasulullah telah bersabda:
Sesiapa diantara kamu seorang lelaki muslim yang mati, maka yang mengangkat jenazahnya itu 40 orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, maka syafaat mereka-mereka ke atasnya simati.”


Dari Abi Hurairah Radhiyallahuanhu telah berkata:
“ Sesungguhnya nabi sallallahua’laihiwasallam telah bersabda:
Akan aku datang menolong manusia dengan syafaatku pada hari qiamat, bagi sesiapa yang melafazkan : Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan Allah), dengan ikhlas pada hatinya, dirinya.”


8) Sesiapa yang membenarkan tauhid maka akan masuk ia syurga tanpa hisab.


wallahua'lam..




No comments:

Post a Comment