Wednesday, February 10, 2010

LEMAHNYA BAHTERA IMAN


Bismillahirrahmanirrahim…
Salam pada semua sahabat-sahabat serta yang sudi melayari blog ini. Suka saya untuk mengimbau sambil mengingati untuk peringatan kita bersama, di kala kita sering terleka, leka dalam kenikmatan yang kita kecapi hari ini, adakah kita terlewat untuk bersyukur padanya, adakah terlewat untuk kita katakan iman kita makin lemah dikala kita sering melakukan dosa di setiap detik, secara langsung atau tidak. Jangan katakan tidak pada hati yang telah berlumut dengan dosa, jangan kata ia masih suci, kemanakah harus kita bawa hati kita walaupun ingin berdakwah tapi ada lagi titik dosa yang menepek tapi tak mahu dibuang dek kerana terasa akan hilang sesuatu yang kita cintai, lebih dari kita mencinta yang Maha Esa. Fikir-fikirkanlah wahai pendengar, pembaca setia ilmu Allah, penilaian Allah pada kita,antara dua darjat , antara dua timbangan, dimana kita, dekat mana kita di hati Allah.
Mesti kita tahu terzahirnya lemah iman seseorang itu tergambar pada hatinya. Bagaimana yang digambarkan hati itu, yang mana apabila di perdengarkan ayat-ayat Allah atau apabila diperingatkan dosa dan pahala, amal makruf, nahi mungkar, akan datang rasa tidak suka, benci marah, terasa panas pada hatinya, keras pada hatinya , juga tiada rasa kelazatan pada ibadahnya , lantaran ia merasa senang gembira dalam kemaksiatan, yang mana hidup sehariannya hanya ingin melakukan dosa –dosa tanpa ia sedar. Walhal semua nikmat datangnya dari Allah Pengatur segala-galanya.





Firman Allah yang bermaksud:
70. Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara),
71. Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
(Surah Al-Ahzab;70-71)



Sabda rasulullah :
( Ya Allah’ ya tuhanku, Yang membolak balikkan, balikkan hati-hati kami dalam ketaatan kepadamu)
(riwayat muslim: 2654 )



Terzahir lemahnya iman:
Bila??


-Dirinya dalam kemaksiatan dan suka melakukan perkara-perkara haram.



-Ada rasa keras pada hatinya, sehingga orang-orang di sekelilingnya merasa hatinya telah bertukar seprti batu yang mana tidak terkesan atasnya walau dengan sesuatu pun.
yang mana juga tidak terkesan padanya peringatan tentang maut kematian, juga tentang rukyah-rukyah kematian.



-tiada keyakinan dalam beribadat , bercelaru fikirannya ketika ia solat dan membaca Alquran dan ketika berdoa contohnya. Tiadanya tadabbur dan tafakkur di dalam zikir-zikir, hanya membacanya sebagai untuk memenuhi jika menghafaznya , ketika berdoa hanya sekadar berdoa, mengikut sunnah tetapi tidak memikirkan apa makna doa itu.

Sabda rasulullah:
“ tidak akan diterima doa seseorang itu, pada siapa dihatinya itu ada kelalaian”
(riwayat Al-Tarmizi: 3479)



-malas dalam beribadat , menunaikan ibadat tetapi hatinya seolah-olah tiada roh, kering (gersang).

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah Al-Nisak:142)

Tiada juga rasa penting/ perlu untuk melakukan pahala, sengaja mengakhirkan ibadah haji bagi sesiapa yang berkemampuan, sengaja lewatkan diri solat berjemaah, meninggalkan segala yang sunat, atau fardhu kifayah.



-sempitnya hati dan berubah-ubah, bercampur, bercelaru, sering merasa resah dan bersunggut di dalam hati.



-tidak terkesan hatinya dengan ayat-ayat Allah , juga tidak cenderung untuk mendengarnya.



-orang yang lalai dalam mengingati Allah, berdoa kepada Allah- bila ia menadah tangan suka gelojoh(cepat-cepat), tidak ada tamakninah.



-tidak ada perasaan marah bila dia melihat akan benda-benda haram kerana hatinya seolah-olah telah diselubungi dengan api panas dan tidak rasa padanya kepedihan. Bila ia melihat kemungkaran, tidak menegur, redha dan tidak pula menyuruh si fulan itu untuk perbuat kebaikkan dan menegahnya dari kemungkaran.



-suka menzahirkan sesuatu atau erti kata lain, suka sangat pada kekuasaan atau suka sangat mengelarkan dirinya sebagai ketua.

Sabda Rasulullah:
“sesiapa diantara kamu yang menginginkan dirinya kekuasaan atau ingin berkuasa dan ingin menjadi penguasa . maka baginya: kecelakaan-kehancuran : penyesalan : azab hari qiamat: kecuali bagi sesiapa yang adil”
(riwayat Al- Tabrani : Saleh Al –Jamaie 140)



-sifat bakhil
Firman Allah yang bermaksud:
Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.
(Surah Al-Hasyr:9)
Dan diantara orang yang berjaya , mereka adalah orang-orang yang membuang rasa sifat bakhil dalam diri .

Sabda rasulullah:
" tidak akan berhimpun sama sifat bakhil dan keimanan dalam hati-hati hamba-hambanya selamanya"
(riwayat Al- Nasaei: saleh Jamaie: 7616)


-Al-Nifak ( munafik)- bersalahan antara kata-katanya dengan amalannya serta
menampakkan hina disisi Allah dan dibenci disisi makhluk. Dan tergolong didalamnya ahli-ahli neraka yang mana, apabila mereka disuruh perkara yang makruf didunia , tidak dilaksanakannya, dan disuruh mencegah diri mereka dari kemungkaran , mereka mendatangkannya.


-kurang warak :
tahu perkara itu membawa kepada dosa , tahu juga akan haramnya, akan makruhnya tetapi tidak mencegah diri untuk menjauhkannya malahan senang, suka melakukannya.

Disifatkan Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu:
Hal-hal orang mukmin dan hal-hal munfik ini
“ ( sesungguhnya seseorang muslim bila melihat ia akan dosanya: seperti seolah-olah terduduk dibawah gunung dan takut ia akan jatuh menimpanya. Adapun orang yang fasik bila melihat akan dosanya : seperti lalat yang mana bila ia hinggap, sekadar menepis dengan tangannya sahaja)
(riwayat Al-Bukhari: fathu: 11/102)


-suka perbuat kerosakan,kebinasaan, kecelakaan kepada saudaranya dan merasa gembira bila ia berjaya melakukannya.


-memandang hina pada kemakrufan dan tidak ambil berat terhadap kebaikkan yang sedikit.

Sabda NABI S.AW:
(( sesiapa yang membuang duri atau meleraikan kesusahan dijalan orang muslimin, akan tertulis baginya kebaikkan dan dimasukkan ia kedalam syurga))
(riwayat Al- Bukhari: Adab AlMufrid: 593)


-memutuskan ikatan persahabatan yang telah terbina diantara dua orang saudara angkat ( takhi fil islam).


-tiada rasa bertangungjawab dalam beramal untuk agama, untuk islam, dan tidak rasa diri untuk memperkembangkan agamanya.


- terzahir padanya ketakutan ketika mana dirinya ditimpa musibah berlakunya sesuatu masalah, hilang pertimbangan , menutup matanya dari mencari jalan keluar , terselit pula keraguan pada hatinya, tiada kekuatan diri.


-suka berbalah-balah / banyak; boleh mengeraskan hati ; bertengkar tanpa ada dalil atau erti yang betul, jauh dari jalan lurus.


- suka bergantung pada dunia semata-mata, suka pada dunia, tidak menghiraukan hal-hal akhirat.




WALLAHUA'LAM..








No comments:

Post a Comment