Thursday, February 25, 2010

UBAT LEMAHNYA BAHTERA IMAN


Bismillahirrahmanirrahim…

Salam pada semua…bersyukur-syukur teramat sangat kepada tuhan yang senantiasa memberi kita rasa kesyukuran kepada hamba-hambanya yang selalu mengingatinya, dan tidak putus harap padanya, lantaran kerana ia memberi banyak ujian, untuk menguji hati hambanya.

Iman pada hati,

Rasulullah telah mengambarkan hati itu seperti bulan.

Sabda rasulullah:

" Wahai hati yang berbalik-balik ,padanya seperti awanan bulan. Dibalik bulan itu ada cahaya yang mana terlindung dek awan yang mengelapkan bulan. Bila awanan hilang dari bulan, maka bercahayalah ia( bulan).

(riwayat, Ibnu Naim fil hilyah: 196/2)


Seperti itulah hati manusia, padanya ada kegelapan, yang padanya itu juga ada kesan kemaksiatan. Terhijap darinya Nur Cahaya, dan apabila dia berpeluang untuk menambahkan imannya, maka tersingkaplah sedikit demi sedikit kegelapan, terpancarlah nur yang muncul, melekat pada hatinya.



Apa ubat untuk lemah iman…??



Mentadabbur ayat-ayat Allah ( Al- quran).

Allah menurunkan al quran untuk menerangkan segala sesuatu, nur hidayah allah bagi sesiapa yang taat kepadanya.

Firman allah yang bermaksud:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
( Surah Al-Israq: 82)




Berkata Ibnu Qaim:

Sesungguhnya seseorang muslim haruslah mengubati hati yang gersang itu dengan ayat-ayat allah:

Baginya dua perkara; yang pertamanya; berpindahlah hatimu dari dunia, tetapkanlah hatimu dengan akhirat. Yang kedua; dekatkan hatimu dengan memahami makna-makna serta isinya- tadabbur, pahamkan apa yang ada darinya,

Ambillah segala yang perlu untuk dirimu. Maka, pastinya ia akan menjadi ubat untuk hati kamu.



Merasakan nikmat kebesaran Allah.

(makrifat, 99 nama-nama Allah, dan sifat-sifatnya, serta mentadabbur akal untuk memahami segalanya.- tentang alam dan kebesaran ciptaan NYA.)


Firman Allah yang bermaksud:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

(Surah Al-An'am :59)




Tuntutlah ilmu syariah.

Satu-satunya ilmu yang boleh membawa kita takut akan azab Allah dan boleh bertambahnya iman.


Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

(Surah Fathir :28)




Melazimi halaqah zikir.

Boleh bertambah iman- padanya rahmat, padanya ketenangan, dipayungi olehnya malaikat- malaikat dengan sayap-sayapnya bagi sesiapa yang berzikir,dan Allah akan mengingati mereka, meminta keampunan dari sekalian malaikat kepada Allah untuk mereka.



Perbanyakkan amalan soleh:

memenuhi setiap masa dengan melakukan amalan soleh, amalan zahir yang menguatkan lagi iman dihati.

* Amalan yang segera:

Firman Allah yang bermaksud:

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
( Surah Al-Imran : 133)


* Amalan yang berterusan:

Sabda rasulullah: sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan tetapi yang sedikit.

* Amalan yang bersungguh-sungguh, berusaha dalam menunaikannya, serta

tidak jemu-jemu.

* mengharapkan supaya diterima segala amalan soleh.


Mempelbagaikan ibadah yang dilakukan dengan anggota badan seperti: solat, zakat, haji, yang dilakukan dengan lidah seperti: zikir, doa, padanya juga ada yang wajib, sunat, harus ( solat-solat sunat , solat dhuha, solat-solat sunat sebelum selepas solat fardhu, solat hajat, tahjud, witir).



Ingat dan takut tentang ( seburuk-buruk pengakhiran ajal),

supaya kita beringat untuk taat kepada Allah, tajdidkan ( memperbaharui iman di hati).




Perbanyakkan mengingati mati:

Rasulullah berpesan, kita supaya menziarahi kubur.

Sabda rasulullah:

“ ziarahilah kubur, maka kamu akan dapati lembut hati, berlinangan air mata, ingat tentang akhirat”.

(riwayat Al- Tarmizi : 2307)




Zikrullah-

pengubat hati, zikir pengubat pada hati yang lalai.



Munajat kepada Allah:

Sabda rasulullah:

“Apa yang mendekatkan diri hamba pada tuhannya ialah ketika bersujud, perbanyakkan berdoa.”

(Riwayat muslim: 482)



Pendekkan angan-angan,

(berangan- angan dengan segala kesenangan isi dunia, tanpa memikirkan hal-hal akhirat)



Pikirkan tentang kehinaan dunia:

Firman Allah yang bermaksud:

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


(Surah Al-Imran : 185)


Wala dan barra’ -

iaitu memberi taat setia kepada orang mukmin dan memusuhi orang-orang kafir.



Tawadu’ ( rendah diri)-

pada kata-kata, perbuatan, rendah diri kerana Allah.



Amal-amal hati-

seperti mahabbatullah ( berkasih-kasih dengan Allah), takut

takut padanya, bersangka baik padanya, tawakkal dan redha dengan qadak,

yakin dengannya, bertaubat meminta ampun,



Berkata Ibnu Qaim:

“( Perlulah juga kita juga menyempurnakan sifat-sifat yang lain seperti istiqamah

dalam amalan, khusyuk, zuhud, warak, mendekatkan diri kepada Allah-

berpegang dengan kitab Allah serta sunnah (hadis) rasulullah) ”




Muhasabah diri:

Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Hasyr : 18)




Berdoa kepada Allah selalu:






wallahua'lam.......

No comments:

Post a Comment