Saturday, May 8, 2010

Adakah anak-anak johor di mesir telah di palang sebagai parti emosional




Asalamualaikum, kepada semua pencinta ilmu Allah, di laman saya kali ini bukanlah hanya untuk ruangan tarbiah , tetapi saya selitkan ruangan: perhatian bersama dan sikap ambil peduli kita sebagai rakan-rakan seperjuangan di bumi anbiyak ini dalam mempertahankan maruah dan haq peribadi mahasiswa- mahasisiwi disini. Saya disini sebagai salah seorang yang ingin mempertahankan haq dan maruah kami yang tercalar sedikit, tetapi ia boleh menjatuhkan status kami sebagai pelajar yang berkredibel serta waras sesuai dengan kami disini hanya penuntut ilmu dibumi ALLAH. Kami telah dituduh sewenangnya dari pihak yang berkenaan kononnya kami ini bermain politik, masuk kedalam gelanggang politik. Apakah yang kami telah lakukan sehingga mana mereka berkata sedemikian, kami hanya mengikuti kelas-kelas tafaquh atau program –program yang berunsurkan ilmiah serta mengikuti program-program berbentuk tarbiah yang telah di anjurkan oleh persatuan kami PMRAM. Ada pihak yang tidak sayang mulut mengatakan bahawa PMRAM, adalah parti pembangkang; sungguh tidak masuk akal kalau mengatakan bahawa PMRAM adalah pembangkang. Dimana buktinya; adakah sebab kami ini terlampau memegang hukum yang syadid dalam menyampaikan sesuatu hukum feqh? Ternyata itu adalah satu tuntutan dari agama islam yang kami belajar; mereka-mereka ini tahu apa itu syariat Allah, apa itu tauhid, tetapi dimana pemikiran mereka sampaikan mereka sanggup ingin menghalang dan mengugut para pelajar johor disini untuk tidak lagi mengikuti, segala program yang telah dianjurkan oleh PMRAM sendiri, atas alasan ini semua unsur- unsur untuk kepentingan politik. Kata inginkan ulul albab untuk menyelamatkan insan- insan yang hampir terpesong akidahnya, hilang segala ketamadunan diri, serta perlunya amal makruf nahi mungkar. Oleh itu janganlah salahkan kami kalau ingin menjadikan diri kami ini sebahagian dari ulul albab yang telah dirungkaikan dalam ayat ALLAH. Adakah pihak yang berkenaan ini takut kami bawa islam syumul untuk Negeri Johor Darul Takzim. Sampaikan mereka sanggup mengatakan 90 peratus pelajar johor disini parti pembangkang, janganlah menggunakan pemikiran yang dayus itu hanya untuk menjadikan kami korban politik Negara serta mencari publisiti murahan atas dasar suka-suka atau ingin memporak perandakan ukhuwah serta mempermainkan pemikiran dan hati-hati kami ( anak-anak johor) disini. Ini tidak adil ! kami bukanlah bodoh untuk menerima segala DAKWAAN yang telah diberikan walau ia bukan kenyataan bertulis tetapi hanya membuat satu halaqah, kononnya untuk mengehtahui masalah anak-anak johor disini, tetapi bukan ingin membantu kami disini tetapi suka membuat tuduhan palsu dan melulu tanpa usul periksa. Kami bukanlah seperti anak-anak kecil yang hanya diberikan gula-gula lolipop, sekadar menutup mulut kami bersuara atas menutup segala kata-kata yang telah di lemparkan atau dengan senyuman sebagai reaksi " tidak mengapa"- "biarkan". Yang paling tidak disangka ada anak johor sendiri yang cuba menimbulkan provokasi tentang tuduhan ini: dan mereka-mereka itu berstatuskan pemuda-pemuda nadi UMNO; Apa semua ini sebenarnya mencari pangkat atau mencari pahala??....




Firman ALLAH yang bermaksud:
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat ALLAH , lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya. Sesungguhnya ( dengan apa yang telah mereka bawa) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat ( yang menyebabkan mereka pekak) Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, Maka dengan keadaan demikian mereka tidak sesekali akan beroleh hidayah petunjuk selama- lamanya.
( Surah Al-Kahfi: ayat 57)


Kami anak-anak johor semuanya rumpun dibawah satu naungan persatuan kami sendiri BKPJM; tempat kami untuk tarbiah diri kami, kekuatan ukhuwah kami, menjaga kebajikan kami, melalui program-program yang dijalankan atas stand PMRAM sebagai persatuan induk kami. Isu ini masih digembar- gemburkan lagi, walau setelah hampir sebulan perkara ini masih dalam perhatian pelajar kepada pihak yang berkenaan untuk menarik balik tuduhan tersebut. Kami tidak takut dengan segala serangan halus itu, yang kami takut hanya ALLAH sahaja, tempat kami bergantung berharap, hanya ALLAH sahaja yang dapat menutup segala kemudaratan dan menjauhkan kami dari segala ancaman orang- orang yang tidak sayang agama ALLAH, yang selalu ingin menjauhkan kami dari medan mentarbiah diri serta niat kami untuk menuntut ilmu agama Allah, di muka bumi ini.
Saya akhiri dengan cebisan kata-kata terakhir:
Adakah yang berkenaan boleh memberi kami segala tarbiah lahiriah dan rohaniah, spiritual kepada kami, sama banyak dan setaraf dengan apa yang telah kami dapat. Kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kami sekarang ini, ALHAMDULILLAH dengan nikmat IMAN DAN ISLAM, kami masih diberikan hidayah untuk menilai siapa yang lebih bertaqarub kepada ALLAH dan sebagai ikutan kami, sebagai idola kami. Oleh yang demikian janganlah sesekali menjentik kami kali yang lain, jika teringin? beritahu kami alamatnya,wasilahnya dan senang juga nanti kami mentarbiahkan diri-diri pihak yang berkenaan.

Jika ingin kenyataan lebih lanjut sila layari http://www.pmram.org/ atau http://www.mybkpjm.org/

No comments:

Post a Comment