Saturday, May 8, 2010

Ikhlaskan niat hanya kepadaNYA



Bismillahirahmanirrahim,

Asalamualaikum kepada semua pecinta ilmu Allah, suka saya pada laman ini, ingin menyentuh tentang ikhlas. Bukan saya disini ingin mengatakan hanya tentang teori ikhlas? Apa yang kita tahu tentang ikhlas, orang kata ikhlas itu kita tidak boleh bayangkan yang bagaimana? Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara hattakan ia bercanggah dengan islam, cinta secara ikhlas antara muda-mudi zaman kini, contoh: "Aku ikhlas pada diriku untuk mencintaimu" , persoalannya disini, adakah si kekasih itu betul-betul ikhlas) , kalau dia betul- betul ikhlas ,kemungkinan dia akan terus mengajak si pasangannya untuk terus berkahwin, betul atau tidak??. Bukan saya disini untuk mengatakan tentang teori cinta, berkahwin, tetapi saya disini untuk membuka tirai ikhlas itu apa?, Adakah kita betul- betul ikhlas mencintai Allah dengan melaksanakan segala perintahnya serta menambah baik amalan yang sedia ada. Kita terlampau cetek untuk mengehtahui tentang nilai ikhlas, nilai ikhlas itu juga kita tidak boleh timbal balik dengan sesuatu apa pun, Apa yang kita perlu tahu dari mana dan bagaimana cara untuk mendapatkannya tetapi bukan untuk menilainya. Semua itu hanya Allah sahaja yang dapat menilainya.




" Pandangan hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah, jika hati itu bersih"




Tujuan ikhlas dalam amalan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apakah ubat Riya: ikhlas. Perhiasan, serta kekayaan dunia samaada sedikit atau banyak, boleh cenderungkan kita untuk kotor hati, serta hilang keihklasan pada hati itu sendiri, kerana hati telah diselubungi oleh nafsu syahwat yang mana ia menghalang diri dari melakukan amal ibadah. Untuk mencapai ikhlas itu bukan semudah yang disangka , semuanya bergantung pada niat, juga dimana kuatnya serta tahap kekuatan kita dalam beribadah, tetapi bukan bermakna untuk meninggalkan segala isi dunia, tetapi juga perlu seimbang. Walau sebesar zarah pun amalan itu kalau di hiasi dengan keihkhlasan ia akan memberi makna yang sangat besar disisi Allah. Contoh : tidur ; untuk merehatkan tubuh badan , ia sebagai amal soleh bila ia diniatkan untuk ibadah ; (" Ya Allah, ya tuhanku , jadikan tidurku sebagai ibadahku"). Ia merasakan setiap gerak langkah perbuatannya hanya semata-mata untuk keredaan Allah.

Didalam qaulnya yang menyebut:
" Sesiapa yang menjaga umur usianya, hanya untuk bertaqarub kepada Allah, Maka ia tergolong di dalam golongan orang-orang yang berjaya (Al Falah)"
( kitab Ihya Ulum Al Addin; oleh: Al Imam Al Ghazali Rahimallah)






Ubat untuk mengikhlaskan diri:
Insafi diri dari cinta kepada keseronokan dunia dan harta kebendaan.
Sentiasa tetapkan hati untuk hal-hal akhirat, maka akan senanglah untuk mendapat apa yang dinamakan dengan keikhlasan pada hati itu.

Firman Allah yang bermaksud:
" Kecuali orang-orang yang telah bertaubat dan memperbaiki amalannya, serta berpegang teguh kepada Allah dan mengikhlaskan agama bagi Allah. Maka mereka itu adalah bersama orang-orang beriman , akan Allah berikan kepada orang-orang yang beriman itu pahala yang besar"
( Surah Al-Nisak: 146)










Saya mengakhiri kalam saya dengan secebis kata dari qaul ,( kata –kata) ulamak yang sahih; dari Al-Sausi:
" Ikhlas itu pada sesiapa yang nampak keikhlasan itu bila terasa ikhlas pada dirinya: iaitu sucikan setiap amalan kita dari sifat ujub pada diri sendiri"








No comments:

Post a Comment