FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu ) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaiknya-baiknya kepadamu . sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
( Surah Al- Nissak: 58)
( Surah Al- Nissak: 58)
Amanah , siddiq, tabligh, fatonah : semuanya adalah sifat nabi MUHAMMAD s.a.w , salah satunya adalah sifat amanah baginda rasulullah yang tertanam dalam diri baginda, sehingga digelar sebagai Al –AMIN; kerana tidak pernah berbohong ketika berbicara , kita perlu mencontohi dan menjadikan sifat-sifat baginda itu sebagai ikutan dalam diri.
Al – siddiq ; yang dimaksudkan dengan kebenaran ; membenarkan sesuatu ; RASULULLAH sebagai nabi yang membenarkan isi Al-quran, baginda ummi ( tidak tahu membaca dan menulis) sebagai hikmah dan mukjizat ; al quran itu benar , kalam Allah dan tidak berubah walau diubah dengan apa pun.
Hakikat Siddiq dan erti disebaliknya:
Hakikat Siddiq dan erti disebaliknya:
1) Benar pada kata-kata:
Setiap yang diperkatakan adalah benar belaka, pada apa yang dijanjikan. Semestinya setiap hamba yang beriman itu perlu menjaga setiap patah kata yang ingin diucapkan.
2) Benar pada niat dan keinginan:
Benar pada niat dan hati menunjukkan keikhlasan, apa yang diniatkan semata-mata hanya kerana ALLAH taala.
3) Benar pada apa yang di tekadkan ( azam):
Benar pada azam untuk melakukan sesuatu perkara; contohnya; Allah telah memberikan rezeki padaku , maka aku perlu benar , amanah dengan segala yang telah diberikan kepadaku ( azam yang kuat untuk melakukan kebaikkan dan tidak ragu-ragu).
4) Berpegang pada janji:
Janji pada hati dan tidak di selitkan dengan perasaan khianat dan penipuan juga rasa ragu-ragu

5) Benar pada amal perbuatan:
Cth : solat khusyuk, bukan bermakna ia tidak lalai semasa solat, tetapi pada hatinya itu tetap;
- hatinya merasakan ( hanya dia dengan ALLAH sahaja , tiada rasa yang lain).
Cth lain: riya boleh menghilangkan ikhlas pada diri,atau niatnya terpesong maka akan hilang benarnya, maka; timbul pula penipuan.
wallau'alam...
No comments:
Post a Comment