Wednesday, May 12, 2010

SALAM IMTIHAN

Asalamualaikum…semua, kembali lagi bersama saya di ruangan blog, seperti yang diketahui dalam lakaran minggu-minggu yang mendatang ini, saya mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat-sahabat serta sahabiah-sahabiah yang sedang menduduki peperiksaan atau yang akan menunggu gilirannya masuk ke dewan peperiksaan. Semoga kalian najah didalam setiap madah yang di ambil, serta di mudahkan ALLAH untuk menjawabnya, walaupun ada segelintir kawan-kawan kita yang demam dan tidak sihat sejak kebelakangan ini ekoran dari cuaca yang agak panas di bumi; Timur Tengah ini atau ada faktor yang lain; seperti kurang jaga makan atau terlebih makan atau ia sebagai ujian dari ALLAH
untuk menghapuskan dosa-dosa kecil,
(wallahua'lam) .


Singgah saya sebentar di laman kali ini bukanlah sekadar yang tertera di atas tetapi sebagai satu selingan sahaja; coretan ucapan, refleksi kawan-kawan kita ketika dalam bahang imtihan ini; macam-macam situasi. Walaubagaimanapun, walau sekali apa pun yang melanda , kawan-kawan selamatlah dan bersabarlah serta sabat dalam berjuang; rajin berusaha tangga kejayaan; sebab itulah kalau nak capai apa yang kita nak miliki sesuatu yang benda tinggi perlulah kita cari tangga untuk kita ambil; seperti itulah kata bidalan; jatuh sekali atau banyak kali pun ia bukanlah kegagalan untuk selamanya; gagal member satu pengertian kepada kita, satu semangat baru untuk kita lebih kuat dan sebaliknya itu terselit beribu- ribu hikmah. Bukanlah bermakna gagal itu tidak mengapa tetapi perlu usaha dan tanamkan pada diri,










" AKU MESTI BERJAYA; WALAU MACAM MANA CARA SEKALIPUN"
Aku berjaya untuk apa?? Kerana apa?? Dan apa yang aku dapat?? Semuanya kerana ALLAH , bukan hanya mencipta segulung ijazah tetapi untuk kemenangan islam. AMIN… YA RABB..













Firman ALLAH yang bermaksud:
" Dan kepunyaan ALLAH, segala apa yang ada di langit dan dibumi,dan kepadanya di kembalikan segala urusan, maka sembahlah dia dan bertawakallah kepada- NYA;Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apa yang kamu kerjakan."

( Surah hud: 123)



usaha, dan doa dan tawakal : penjamin masa kebahagiaan dengan kejayaan

* ilmu perlu seiring dengan amal : ilmu tanpa amal ibarat mencurah air di daun keladi- sia sia sahaja*

No comments:

Post a Comment